? ??????????????Love Is All Around Us? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??2 Grabs Today. 36 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Pink Roses? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (341 Ratings)??2 Grabs Today. 33318 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Country Girl? ????? ?????? ???Rating: 3.6 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Thursday

PERINGATAN!

kebanyakan remaja melaksanakan perbuatan ini tak kira masa asalkan bertemu...
tidak bagiku!
ini hanya akan berlaku tepat pada waktunya...
hanya selepas nikah!
SELEPAS NIKAH!
harap begitu juga bagi diri yang sedang membaca tu...
menjauhi maksiat adalah fardhu bagi setiap umat....
ingat tu...

Tinta Buat Adam

Tinta Ku:
Adam...
Untuk merasai persis perasaan ibu,
Pasti takkan ku mampu kerana dia seorang ibu,
Sedangkan aku belum merasainya.
Adam...
Andai kau fikir isteri dan anak,
Adalah amanah buatmu.
Maka kau juga harus ingat,
Ibu mu juga adalah tanggungjawab,
Selagi hayat mu.
Lupakah kau amanat junjungan?
"Siapa yang perlu kau taat selepas Allah dan rasul?"
Baginda menjawab,
"ibumu"
"selepas itu?"
"ibumu"
"selepas itu?"
"ibumu"
Sedang nabi memuliakan ibu,
Siapakah kau untuk abaikan dia begitu?
Adam...
Tahukah engkau,
Ibu mu tetap yang utama,
Meskipun kau sudah beristeri tiga.
Ibu mu bukanlah sangkar lebah,
Habis kau tagih madunya seusia kecilmu,
Dan sisanya kau buang entah ke mana.
Adam...
Ibu mu adalah insan mulia,
Yang membawamu bersamanya 9 bulan,
Yang bertarung nyawa melahirkanmu.
Dia yang mendengar esak tangismu,
Dialah yang mengajarmu erti hidup,
Apakah tuba hadiah bermakna?
Adam...
Jangan benarkan.
Kisah al-qamah berulang,
Sayangilah ibu mu,
Kasihilah ibu mu,
Kerana di situ letaknya syurga mu,
Bukan di bawah telapak kaki isteri mu.
Adam...
Maafkan aku terkasar bahasa,
Mungkin aku terlalu emosi,
Kerana aku juga anak ibu,
Dan ku tak mahu ibu derita lagi.
Bukan niatku mengajar yang kau sendiri tahu,
Cuma fikirku kau mungkin lupa,
Tentang apa yang sepatutnya kau lakukan.

Di Mana Cinta Kita..


Kemanakah cinta kita menghilang Ya Allah?

Ke hutan belantara ke gaung curam kucari.

Tapi tiada kujumpa ya Allah.

Tiada kujumpa!

Adakah ia telah lenyap buat selamanya?

Terhembus keluar dari atmosfera cintaku?

Tak layakkah diriku untuk menikmatinya hingga nafas terakhirku?

Jangan begini, aku tidak mampu ya Allah.

CintaMu itu umpama desiran bayu.

Yang perlahan-lahan mengusap jiwa

Yang perlahan-lahan membuatku bahagia

Aku cemburui Rabiatul Adawiyah ya Allah

Mengapa bukan aku yang Kau pilih?

Mengapa bukan aku?

Jangan sampai satu titik hitam itu memusnahkan yang lain juga.

Aku tahu kelemahanku ya Allah.

Aku tahu itu.

Dan sebenar-benarnya aku tahu.

Lantas, inilah yang aku bimbangkan.

Bisikkan pada pintu langit, jangan biarkan aku menunggu lagi

Teratai putih, menjelmalah!

Pari kecil, bawalah...

Debunga sakti, terbanglah...

Dan CINTA, kembalilah!

kemana cinta kita menghilang ya Tuhan?

jangan biarkan aku meninggalkanMu lagi ya Tuhan

jangan sampai aku jadi insan munafik

nauzubillah

aku gembira dan bahagia jika hanya

Kau bisa kembalikan cinta kita ya Allah

Janji Seorang Sufi...!

Adalah diceritakan, ada seorang soleh yang pandangannya hanya kepada akhirat dan keindahan syurga, sehingga dia berjanji kepada Allah untuk tidak akan melihat lagi keindahan duniawi agar tidak merasa tertarik padanya.
Pada suatu hari, ketika dalam satu perjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai.
Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga terlupa akan janjinya kepada Allah, maka dia memandangnya dengan agak lama.
Dia terlalai.
Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada seorang lelaki melihat barang jualannya, tetapi tidak mahu membelinya.
Lalu dia menoleh pada barangan jualannya, ternyata dengan takdir Allah, tali pinggang ghaib pada pandangannya.
Maka tiada siapapun yang dicurigai di situ melainkan seorang sufi yang berada di tempat itu.
Dia segera melompat dan memegang tangan orang sufi itu kuat - kuat, menengking dan menuduhnya sebagai pencuri.
"Hai saudara! Kau bergaya sebagai orang soleh, tapi kenapa sanggup melakukan perkara ini." kata tuan punya kedai.
"Apa maksudmu, wahai saudara?"kata orang sufi yang tersedar dari kelalaiannya.
"Engkau seorang sufi, tetapi mengapa engkau mencuri?"
"Hai, apa yang aku curi!?"
"Engkau telah mencuri tali pinggangku."
"Demi Allah, aku tidak mencuri apa - apa pun barangmu," sangkal orang soleh itu sambil bersumpah.
Kerana perselisihan mereka berpanjangan, maka sampailah kepada pengetahuan pihak penguasa setempat untuk mencari keadilan.
Penjual tali pinggang itu menceritakan pada penguasa bahawa orang soleh itu telah mencuri tali pinggangnya.
"Wahai lelaki, apakah perkara ini patut dilakukan oleh orang yang soleh sepertimu?" soal Amir.
"Demi Allah, aku tidak mencuri apa - apa." jawab ahli sufi itu.
Lelaki soleh itu memang tidak mengaku kerana memang tidak merasa mengambil apa - apa dari kedai tersebut.
tiba - tiba salah seorang yang hadir di situ berkata,
"Singkap bajunya!"..Mereka menyingkap baju orang soleh itu dan ternyata di pinggangnya ada tali pinggang terlilit.
Mengetahui hal ini, lelaki soleh itu memekik seolah - olah hampir mati ketika itu juga, kemudian pengsan kerana terkejut yang luar biasa.
"Ambillah rotan!" kata Amir.
Setelah rotan siap ditangannya, Amir bersedia untuk merotan lelaki soleh yang sedang pengsan itu.
Namun begitu sebelum Amir mengangkat tangannya dia terdenganr suara,
"Wahai hamba Allah, jangan engkau memukul wali Allah itu. Perkara ini berlaku hanya sebagai cubaan bagi engkau."Amir terkejut yang luar biasa, dia menjerit sekuat - kuatnya bagaikan rohnya hendak berpisah dari badannya.
Dia lalu rebah ke bumi dan pengsan di tempat itu juga.
Kedua - dua orang yang bertaqwa itu telah sama - sama pengsan.
Sebentar kemudian si lelaki soleh sedar dari pengsannya, kemudian mengangkat kepalanya ke langit, lalu berdoa sambil menangis,
"Wahai Tuhanku! Aku mohon ampun kepada-Mu. Aku telah mengetahu akan dosa - dosaku dan kesalahanku. Aku bersalah, begitulah akibat orang yang tersilap. Maka janganlah Engkau siksa aku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pelindung manusia."Orang - orang yang hadir di situ turut menangis bersamanya.
Tidak lama kemudian, Amir sedar dari pengsannya, dia lalu mencium tangan dan kaki orang soleh itu.
"Wahai kekasihku, bagaimana perkara ini boleh berlaku?" tanya Amir kepada orang soleh.
Orang soleh menceritakan bahawa dia telah berjanji kepada Allah untuk tidak melihat apa - apa jua perhiasan dan barang - barang cantik di dunia.
Kemudian dia lalu di sebuah pasar dan terlihat tali pinggang yang indah.
Maka dengan takdir Allah dia terlalai di situ.
Dia tidak tahu apa yang terjadi, melainkan lelaki penjual tali pinggang itu tiba - tiba menyerangnya dan menuduhnya mencuri, padahal saya tidak mencurinya.
Amir faham bahawa tali pinggang yang dijumpai di pinggang orang soleh itu adalah atas kehendak Allah, sebagai balasan melanggar janji.

Keseluruhannya... janji itu tetap janji... janji sesama manusia mungkin dapat kita mengelak... tapi... janji dengan Allah S.W.T yang telah termaktub di Luh Mahfuz... jangan cuba di ingkari...
peringatan pada diri yang menulis ini juga...

Jadilah Soleh Dan Solehah Dahulu...


Tidak dinamakan cinta suci jika nafsu menjadi sandaran utama.
Bukan membuang perasaan fitrah insani mahu mencintai dan dicintai, namun tahu dan sedar di mana sasaran pengakhiran konsep cinta yang di bawa itu.
Rumah tidak dibangunkan dalam masa sehari, cinta suci memerlukan perlakuan yang disaluti kesabaran tinggi, di mana terlatih sepanjang masa bersama keimanan yang kental dan utuh. Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.
Cinta yang berlandaskan Iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan, sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan Iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan.
Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung.
Imam Hassan Al Banna mengatakan bahawa: “Dengan dua sayap (Iman dan cinta) inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”
Bagaimana tidak, jikalau Iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa Iman akan jatuh ke jurang kehinaan.
Iman tidak akan terasa lazat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lazat tanpa Iman.
Kalau sudah tahu diri ini tidak terbaik di pandangan mata manusia, kenapa tidak berusaha menjadi sebaik mungkin dalam menambah fungsi diri mencapai kebaikan di sisi Dzat Allah Taala?
Kalau sudah tahu dan pasti diri tidak mampu memiliki pasangan soleh dan solehah, kenapa tidak mencari kurang soleh dan solehah, dan berusaha merubah menjadi soleh dan solehah? Berusahalah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu, pasti takdir ketentuan-Nya untuk kita dengan insan solehah dan soleh.
Tidak terkecuali diri yang menulis ini....