? ??????????????Love Is All Around Us? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??2 Grabs Today. 36 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Pink Roses? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (341 Ratings)??2 Grabs Today. 33318 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Country Girl? ????? ?????? ???Rating: 3.6 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday

rEnUngKan Lah.....



Dalam hidup nie banyak perkara yang perlu direnungkan tak kira walau siapa pun kite.....

salah satu perkaranya kedudukan kaum hawa di sisi kaum adam begitu juga sebaliknya....


hmMMm... di dalam Al-Quran telah menyatakan bahawa manusia hawa itu dicipta dari
rusuk adam... mungkin semua umat islam tahu tentang itu... tidak mustahil juga ada yang
tidak tahu... kita menganggap ianya hanya sebagai satu kenyataan... tetapi kita tidak sedar
bahawa di sebalik kenyataan itu tersirat satu pegangan yang amat berguna buat semua
insan... pernahkah kita fikir mengapa ALLAH mencipta manusia hawa dari rusuk adam??
kenapa tidak daripada kakinya atau kepalanya mahupun anggota lain??
hawa tidak dicipta daripada kaki adam kerana ALLAH tidak mahu kaum hawa di pijak oleh
kaum adam... tetapi mengapa pada zaman ini terlalu ramai kaum hawa yang ditindas??
tidak sedarkah wahai kaum adam?? bahawa kamu sedang melakukan larangan-NYA??
hawa juga tidak dicipta daripada kepala adam kerana ALLAH mengingatkan bahawa kaum
hawa tidak perlu dijunjung oleh kaum adam... jadi... wahai kaum hawa sekalian...
walau apapun yang terjadi... walau sebanyak mana pun harta yang kamu miliki...
walau setinggi mana pun pangkat yang kamu agungkan... kaum adam tetap pemimpin kita
yang patut dihormati...
tetapi..... masih ada lagi kah pemimpin yang baik dalam kalangan kaum adam masa kini??
hmMMm...
balik ke topik kita...
hawa dicipta dari rusuk adam... mengapa dari rusuk...
kerana rusuk itu di sisi adam... ALLAH inginkan hawa sentiasa di sisi adam untuk dijadikan
teman hidup... pendorong semangat yang kuat untuk adam... ianya juga kerana rusuk itu
dekat dengan lengan adam... supaya kaum hawa sentiasa dilindungi oleh kaum adam...
rusuk juga cukup hampir dengan hati... supaya kaum hawa dapat disayangi dan dicintai...
aahh... cukup indah ciptaan ILAHI...
tidak ada bandingannya.... sempurna cukup sempurna ciptaan ALLAH S.W.T... cuma tidak
semua antara kita ini adalah hamba-NYA yang menghargai kesempurnaan itu...
dengan akhir kata....
manusia Hawa dicipta daripada rusuk Adam,
bukan daripada kepalanya untuk dijunjung,
bukan pula daripada kakinya untuk dijadikan pengalasnya,
tetapi di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
dan dengan hatinya untuk dicintai.....

buat teman yang bernama Muhammad Faiz... ceria selalu!!!




subhanALLAH....


PEACE......


If you want peace for an hour... read


If you want peace for an afternoon... sleep


If you want peace for a day... go to the beach


If you want peace for a week... kiss mum


If you want peace for a year... give to the needy


If you want peace for a lifetime... simply forgive!




where ever you are.... just smile... with whoever you meet... simple right??? haha

naSihAt bUat iNsaN Yg BrgElaR tEmaN....

tak perlu mencari teman secantik BALQIS

andai diri tak sesuci SULAIMAN.....

mengapa mengimpikan teman setampan YUSUF

jika kasih tak setulus ZULAIKHA....

usah mengharapkan teman sehebat IBRAHIM

sekiranya diri tak setabah SITI HAJAR & SITI SARAH.....

jangan didambakan kasih seistimewa KHADIJAH

bila diri tak sesempurna MUHAMMAD S.A.W.....

berhenti menginginkan wanita sebaik FATIMAH AZ-ZAHRA

sewaktu peribadimu tak semulia SAIDINA ALI.....



dalam dunia ni tidak ada manusia yang tidak pernah membuat kesalahan.... termasuk la diri yang menaip ini....

hehe... kadang-kadang dalam mencari kesempurnaan... kita perlu menyelidik peribadi diri kita sempurna atau

tidak... barulah hidup kita seimbang dan sempurna... insyaALLAH...

cOreTan aTIe...



Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,


Intai kami antara nampak,


Esok jangan rindu-rinduan.......


hmMMm.... rindunye kat die....... macam mana nak nyatakan sekiranya kita sayangkan


seseorang.... tetapi dalam sayang itu ada benci?????......... aduhai perasaan.... terlalu banyak


sifatnya yang perlu di ubah.... mungkin sayang itu hanya pada namanya.... dan benci itu


untuk personalitinya.... rmMMm... kadang2 kita dapat lihat manusia sering lupa.... mencari


teman itu bagaikan mencari duri dalam semak.... walaupun susah untuk mencari teman


sejati... sesudah kita temui jangan sesekali sia-siakannya.... dalam mancari teman sejati juga


kita sepatutnya memainkan peranan yang sama....


Usah ditanya pada sebuah kelukaan......


Kelak parutnya akan kembali berdarah....


Biarlah kemaafan itu menjadi dendam yang terindah...


nUkiLan hAtiE....


Segar subuh embun menitik

Sesegar hati rindu merisik

Menanti mentari mengintai pagi

Bertanya khabar insan menanti
Bunga mengembang menyapa seri

Bertanya diri rasa di hati

Pipit berkicau memberi salam

Meruntun memori indah semalam

Tiba mentari tegak memancar

Memujuk diam hati yang gusar

Air menitik disangka embun

Menyata gelisah tutur disusun

Rupanya hujan disebalik mentari

Meminta bahagia cinta yang di cari

Putik mengembang tidak menguncup

nekad di hati pintu ditutup

Gugur layu tanpa dipinta

Usah ditanya luka yang lama

Senja tiba bukit ditarah

Kelak parutnya kembali berdarah....


-pU3SafrienaKhairiena-5 mac 2009-