? ??????????????Love Is All Around Us? ????? ?????? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??2 Grabs Today. 36 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Pink Roses? ????? ?????? ???Rating: 4.1 (341 Ratings)??2 Grabs Today. 33318 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Country Girl? ????? ?????? ???Rating: 3.6 CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Saturday

Monolog Suka, Sayang atau Cinta

Saat kau menyukai seseorang kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.
Saat kau menyayangi seseorang kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau mencintai seseorang kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

'Suka' adalah saat dia menangis kau akan berkata sudahlah jangan menangis.
'Sayang' adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
'Cinta' adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata "mari kita selesaikan masalah ini bersama"

'Suka' adalah saat kau melihatnya kau berkata dia sangat menawan.
'Sayang' adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.
'Cinta' adalah saat kau melihatnya kau akan berkata "buatku, dia adalah anugerah terindah yang pernah tuhan berikan kepadaku"

Di saat orang yang kau suka manyakitimu kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
Di saat orang yang kau sayang menyakitimu kau akan menangis kerananya.
Di saat orang yang kau cintai menyakitimu kau akan berkata ' tak mengapa, dia hanya tidak tahu apa yang dia lakukan.'

Di saat kau suka padanya kau akan memaksanya untuk menyukaimu.
Di saat kau sayang padanya kau akan membiarkan dia memilih.
Di saat kau cinta padanya kau akan selalu manantinya dengan setia dan tulus.

Suka adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.
Sayang adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.
Suka adalah hal yang menuntut, sayang adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

busana muslimah ceremony!!

assalamualaikum...
alhamdulillah...
akhirnya majlis busana muslimah peringkat akhir dapat dilaksanakan dengan sempurna...
macam-macam gaya n keletah syura dapat tengaok malam tu...
hehe...
yang paling menghiburkan hati perangai si ube la... macam tokoh die malam tu...
hahaha...



pinjam glasses si ube jap... melaram... ada gaya mak nenek tak?? hehe

dari kanan: arfah-umi-ube-dilla...
yang kat depan tu mesti la model utama... haha... syura la...
mase ni majlis baru habis...

geng SMTDLM.... sentiasa dalam D'LeMa.... yang ketiga dari kanan tu yaya... my bestfriend... yang paling tinggi tu pulak wan adli...


agak segan sebab di apit jejaka yang memperaga busana muslim malam tu... huhu...




special sandal.... istimewa... untuk malam tu... yeke??? special delivery je kowt.. haha




hehe... manje sikit ngan yaya... sayang yaya sangat2... bestfriend forever...






dari kanan firstly ofcourse me... pas tu yaya... then dhiya... n yang paling tepi sekali tu... cik irfan.... got something from him... for HER la... get ready k cik irfan...






my lovely grand father.... haha... syura la cucu dye yang paling beruntung sebab diberi peluang untuk bergembira ngan atuk penyayang macam atuk ube... hehe







cutie-cutest-lovely girls... dadadududiddi









beautiful pose... atas permintaan pihak media.. hehe








triologi girls... one more pose yang diminta oleh pihak media malam tu... haha.. poyo..









ops.... jangan salah sangka k... ni pun permintaan media gak... haha kalau tak jangan harap la... huhu... poyo lagii... blurrrrr














sweet memories at D'LeMa...














tetamu yang diundang khas pada malam majlis busana muslimah...
Yang Mulia Raja Muhammad Faiz b. Raja Bazaid....
taken by cik rara katenye...
urhhhh...
tapi malam ni agak sunyi sebab tak dapat kongsi pengalaman ngan izizul fahrin...
beliau da masuk asrama... tak faham betul kenapa mesti waktu ni...
kosong malam ni... tapi diisi dengan gelak ganas si tutu n de deng...
hahahahaha...
ish tak sopan betul... pape pun harap dapat kekalkan persahabatan SMTDLM sampai akhir hayat semua... amin...
Alhamdulillah...























TEKA TEKI IMAM AL-GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Al-Ghazali : " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?"
Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: " Kaum kerabat"
Imam Al-Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji ALLAH bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran : 185).

Imam Al-Ghazali: " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1: "Negeri Cina"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang 2"
Imam Al-Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Imam Al-Ghazali: "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1: "Gunung"
Murid 2: "Matahari"
Murid 3: "Bumi"
Imam Al-Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Ali-Imran : 179 ). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Al-Ghazali: "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3: "Debu"
Murid 4: "Daun-daun"
Imam Al-Ghazali: "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Al-Ghazali: "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1: "Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"
Imam Al-Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika ALLAH SWT meminta mereka menjadi khalifaf pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan ALLAH SWT sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Al-Ghazali: "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab: "Pedang"
Imam Al-Ghazali: "Itu benar tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

"Sampaikanlah walau satu ayat"

Wassalam.......

lAyaN jE La.....

hmm.... pg2 cmnie tngah bowink...... x tau nk buat pe....
so bukak utube.... cube teka apa yang kita tengok....
jeng! jeng! jeng! jeng!........
hahaha

dengar lagu la....
teringatkn kenangan....
layan la lagu cinta pantai merdeka...
x tau kenapa lagu nie rasa cam dekat sangat ngan hati kita....
hmm...
lagu die camnie....

telah bertahun lama
tenggelam arus masa
di dalam ingatanku
masih segar terasa
terkadang aku salah
mengatur bunga cinta
keadaan memaksa
kita terpisah jua
andainya aku berdaya
kan ku coretkan untukmu
sebagai kenangan kita
kan ku buktikan untukmu
akan aku buktikan
ku ukir namamu
di awang gunung jerai
disaksikan laut
daun nyiur melambai
jauh pandangan permai
di situ tanjung dawai
terkenang peristiwa
cinta kita terurai
oh indahnya peristiwa
cinta kita di pantai merdeka
masih ingatkah oh kekasih
biarpun kini kau di mana
namun dengarlah lagu ini
cinta kita di pantai merdeka........

hmmmmm...............
so sweet....
ape2 pown.....
kite kene ceria selalu....
ingat.....!!!

hElaH dAri leLaKi yG bGelAr sUamI...

aSSalaMuAlaiKum......
takde keje ar malam nie.... boring giler.... orang gile pun tak boring camni tau....
tapi nasib baik teman ku yang di sana menemaniku.... hehe.. thanks faiz... sambil2 tu kite pon saje2 la bukak blog sis kite yang sorang ni... baru teringat yang kat blog die ni ada puisi yang cukup menarik untuk dikongsikan... hehe.. sis.. kite copy ek?? hehe bleh la tu... puisi tu tentang seorang suami yang meminta izin dari isterinya... keizinan untuk ape?? haha bacalah sendiri... dan hayatilah... puisinya berbunyi..


Puisi Sang Suami.....

Isteriku,
Jika engkau bumi, akulah matahari.....
Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku.....
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.....
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauanku.....
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu!!!
Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku,
Kerana sudah takdir Ilahi sinaranku diperlukan planet lain...


Balasan Puisi Sang Isteri.....
Suamiku,
Andai kau memang mentari,
Sang suria yang memberi cahaya.....
Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang tela TUHAN
ciptakan kerana mereka juga seperti aku
Perlukan cahayamu dan akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu.....

AKAN TETAPIIII!!!!!!
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja.....
Janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.....
Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
Di tengah remang-remang pancaran cahayamu yang telah aku mengerti.
Cuba lihat siapa dirimu.....
MATAHARI atau lilin??
Atau jangan-jangan cuma mancis sahaja!!!!?
Please lah.....!!!
Jangan la nak berangan!!!



hmMMm..... nice n beautiful poem kan??? haha
so wahai kaum adam di luar sana...
sekiranya ada cite-cite nak berpoligami...
tengok dulu diri tu layak ke tidak... Nabi Muhammad S.A.W tu seorang yang cukup sempurna peribadinya...
jadi jangan nak berangan la kata nak ikut Nabi la konon... sedangkan yang No. satu pun tak terjaga... hehe

salam ikhlas dari pU3BalQisH buat Techno92 a.k.a Muhammad Faiz... hehe

cOreTan bUat TmAn nUn dSanA......


Muhammad Faiz.....

what a nice name ha...

haha... jangan lebar sangat senyum tu faiz..

hehe...

juz nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga...

coz sudi jadi kawan saya...

ingat!!!

setiap manusia ada kelebihannya.. begitu juga awak..

maksud nama awak pun dah nyatakannya...

orang yang teramat mulia dan yang berjaya...

insyaALLAH...

berkat doa keluarga dan rakan-rakan..

saya rasa dah jumpa dah kelebihan yang ada pada awak...

pandai buat lawak...

seorang anak yang patuh pada ibu bapa...

seorang yang cukup mengambil berat... yeke... hehe

apa2 pun awak memang seorang kawan yang baik...

perbuatan yang baik akan dibalas dengan yang baik juga...

yang penting dalam melakukan apa2 pekarjaan...

niat kenelah betul... baru leh mencapai kejayaan yang dinginkan...

ok... coretan ni khas buat awak... hope diri ini x dilupakan ye... hahahaha


TERIMA KASIH!!!!!

Friday

rEnUngKan Lah.....



Dalam hidup nie banyak perkara yang perlu direnungkan tak kira walau siapa pun kite.....

salah satu perkaranya kedudukan kaum hawa di sisi kaum adam begitu juga sebaliknya....


hmMMm... di dalam Al-Quran telah menyatakan bahawa manusia hawa itu dicipta dari
rusuk adam... mungkin semua umat islam tahu tentang itu... tidak mustahil juga ada yang
tidak tahu... kita menganggap ianya hanya sebagai satu kenyataan... tetapi kita tidak sedar
bahawa di sebalik kenyataan itu tersirat satu pegangan yang amat berguna buat semua
insan... pernahkah kita fikir mengapa ALLAH mencipta manusia hawa dari rusuk adam??
kenapa tidak daripada kakinya atau kepalanya mahupun anggota lain??
hawa tidak dicipta daripada kaki adam kerana ALLAH tidak mahu kaum hawa di pijak oleh
kaum adam... tetapi mengapa pada zaman ini terlalu ramai kaum hawa yang ditindas??
tidak sedarkah wahai kaum adam?? bahawa kamu sedang melakukan larangan-NYA??
hawa juga tidak dicipta daripada kepala adam kerana ALLAH mengingatkan bahawa kaum
hawa tidak perlu dijunjung oleh kaum adam... jadi... wahai kaum hawa sekalian...
walau apapun yang terjadi... walau sebanyak mana pun harta yang kamu miliki...
walau setinggi mana pun pangkat yang kamu agungkan... kaum adam tetap pemimpin kita
yang patut dihormati...
tetapi..... masih ada lagi kah pemimpin yang baik dalam kalangan kaum adam masa kini??
hmMMm...
balik ke topik kita...
hawa dicipta dari rusuk adam... mengapa dari rusuk...
kerana rusuk itu di sisi adam... ALLAH inginkan hawa sentiasa di sisi adam untuk dijadikan
teman hidup... pendorong semangat yang kuat untuk adam... ianya juga kerana rusuk itu
dekat dengan lengan adam... supaya kaum hawa sentiasa dilindungi oleh kaum adam...
rusuk juga cukup hampir dengan hati... supaya kaum hawa dapat disayangi dan dicintai...
aahh... cukup indah ciptaan ILAHI...
tidak ada bandingannya.... sempurna cukup sempurna ciptaan ALLAH S.W.T... cuma tidak
semua antara kita ini adalah hamba-NYA yang menghargai kesempurnaan itu...
dengan akhir kata....
manusia Hawa dicipta daripada rusuk Adam,
bukan daripada kepalanya untuk dijunjung,
bukan pula daripada kakinya untuk dijadikan pengalasnya,
tetapi di sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi,
dan dengan hatinya untuk dicintai.....

buat teman yang bernama Muhammad Faiz... ceria selalu!!!




subhanALLAH....


PEACE......


If you want peace for an hour... read


If you want peace for an afternoon... sleep


If you want peace for a day... go to the beach


If you want peace for a week... kiss mum


If you want peace for a year... give to the needy


If you want peace for a lifetime... simply forgive!




where ever you are.... just smile... with whoever you meet... simple right??? haha

naSihAt bUat iNsaN Yg BrgElaR tEmaN....

tak perlu mencari teman secantik BALQIS

andai diri tak sesuci SULAIMAN.....

mengapa mengimpikan teman setampan YUSUF

jika kasih tak setulus ZULAIKHA....

usah mengharapkan teman sehebat IBRAHIM

sekiranya diri tak setabah SITI HAJAR & SITI SARAH.....

jangan didambakan kasih seistimewa KHADIJAH

bila diri tak sesempurna MUHAMMAD S.A.W.....

berhenti menginginkan wanita sebaik FATIMAH AZ-ZAHRA

sewaktu peribadimu tak semulia SAIDINA ALI.....



dalam dunia ni tidak ada manusia yang tidak pernah membuat kesalahan.... termasuk la diri yang menaip ini....

hehe... kadang-kadang dalam mencari kesempurnaan... kita perlu menyelidik peribadi diri kita sempurna atau

tidak... barulah hidup kita seimbang dan sempurna... insyaALLAH...

cOreTan aTIe...



Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,


Intai kami antara nampak,


Esok jangan rindu-rinduan.......


hmMMm.... rindunye kat die....... macam mana nak nyatakan sekiranya kita sayangkan


seseorang.... tetapi dalam sayang itu ada benci?????......... aduhai perasaan.... terlalu banyak


sifatnya yang perlu di ubah.... mungkin sayang itu hanya pada namanya.... dan benci itu


untuk personalitinya.... rmMMm... kadang2 kita dapat lihat manusia sering lupa.... mencari


teman itu bagaikan mencari duri dalam semak.... walaupun susah untuk mencari teman


sejati... sesudah kita temui jangan sesekali sia-siakannya.... dalam mancari teman sejati juga


kita sepatutnya memainkan peranan yang sama....


Usah ditanya pada sebuah kelukaan......


Kelak parutnya akan kembali berdarah....


Biarlah kemaafan itu menjadi dendam yang terindah...


nUkiLan hAtiE....


Segar subuh embun menitik

Sesegar hati rindu merisik

Menanti mentari mengintai pagi

Bertanya khabar insan menanti
Bunga mengembang menyapa seri

Bertanya diri rasa di hati

Pipit berkicau memberi salam

Meruntun memori indah semalam

Tiba mentari tegak memancar

Memujuk diam hati yang gusar

Air menitik disangka embun

Menyata gelisah tutur disusun

Rupanya hujan disebalik mentari

Meminta bahagia cinta yang di cari

Putik mengembang tidak menguncup

nekad di hati pintu ditutup

Gugur layu tanpa dipinta

Usah ditanya luka yang lama

Senja tiba bukit ditarah

Kelak parutnya kembali berdarah....


-pU3SafrienaKhairiena-5 mac 2009-